Selamat Datang ke Portal Maklumat Penduduk Wilayah KETENGAH

Adakah anda telah dibanci?

Semak maklumat anda sekarang

LATAR BELAKANG KETENGAH


Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) adalah merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang telah diperbadankan pada 12 April 1973 melalui Akta Parlimen Bil. 104/73 dengan diberi kuasa untuk menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 443,876 hektar meliputi pedalaman Daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.

MATLAMAT KAMI

Banci Penduduk Wilayah KETENGAH

Banci Penduduk Wilayah KETENGAH adalah projek banci yang akan dijalankan di semua kawasan perumahan dan kediaman di 3 buah daerah iaitu Daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.

Semua maklumat individu yang dikumpul adalah sulit dan tidak akan didedahkan.

Objektif pelaksanaan banci adalah untuk mengumpul profil penduduk dan perumahan yang terperinci sebagai penanda aras bagi ciri-ciri demografi dan sosio-ekonomi penduduk. Data banci yang terkini akan menjadi sumber utama dan penting dalam penyediaan rancangan pembangunan di kawasan Luar Bandar.

Pelaksanaan Banci Penduduk Wilayah KETENGAH adalah penting bagi mengenalpasti saiz, taburan, komposisi dan ciri sosio-ekonomi penduduk dalam Wilayah KETENGAH. Maklumat yang diperoleh akan digunakan untuk merancang, menggubal dan melaksanakan perancangan KETENGAH untuk tujuan pembangunan dan kepentingan rakyat pada masa hadapan.

Maklumat dari banci juga dapat menentukan bagaimana pembiayaan kerajaan akan dibelanjakan. Penghasilan profil yang terperinci ini akan digunakan untuk membuat perancangan dan keputusan berkenaan perkhidmatan awam yang diperlukan bagi setiap lokaliti seperti hospital, sekolah, jalan raya, dan pengangkutan awam.

500+
150000+

Soalan Lazim


Banci Wilayah KETENGAH dijalankan dari masa ke semasa oleh Penggerak dan Penyelia yang dilantik.

Tidak boleh. Maklumat hanya akan dikemaskini oleh pihak yang dilantik.

Ya, boleh. Anda boleh menyemak maklumat yang telah dibanci setelah disahkan oleh pihak KETENGAH melalui pautan atau menu Semakan

Seksyen 19 di bawah Akta Banci 1960 (Disemak -1969) menyatakan mana-mana maklumat individu tidak boleh didedahkan. Hanya data berbentuk asas sahaja yang akan diberi akses kepada anda.